Pelakon COMOLOT!
Remy Ishak
Quariel
Quariel, Mia dan Remy
Pengarah Comolot, En Amy Ikram
Sinopsis:
Filem COMOLOT bermula dengan watak Juwita tunangan Danial membawa sekuntum bunga ke apartment Danial. Pergerakan dan gerak laku yang terpancar pada wajah Juwita menampakkan kegembiraan yang ketara. Setibanya Juwita diperkarangan tempat letak kereta apartment Danial, Juwita melangkah kaki ke arah sebuah kolam renang yang terletak berhampiran dengan parking kereta. Diamatinya keseluruhan kolam renang mencari kelibat Danial, tetapi hanya kelihatan dua pasangan lelaki amat mesra dengan salah seorang daripadanya duduk ditebing kolam, dan seorang lagi duduk di dalam kolam, sambil memangku tangannya ke paha pasangannya.
Juwita melangkah kaki ke pintu lift menuju ke tingkat rumah Danial dengan penuh senyuman. Di dalam ruang tamu rumah Danial, kelihatan Aiman dan Danial duduk berdua menghadap sebuah meja makan yang diatasnya dikelilingi cahaya lilin. Berbekalkan cahaya lilin dan dengan iringan muzik yang romantik, Danial dan Aiman sibuk menjamu selera dengan hidangan makan malam. Danial tersenyum memandang Aiman, begitu juga dengan Aiman yang tersimpul malu memandang wajah Danial yang nampak tampan dalam cahaya gelap.
Pintu lift terbuka, Juwita melangkah keluar dari dalam lift menuju ke pintu rumah Danial. Juwita mengetuk-ngetuk pintu rumah, tetapi tiada siapa yang membukanya. Pintu rumah dibuka, Juwita melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah berhati-hati agar tidak mengejutkan Danial, sekaligus memberikan kejutan padanya. Diamatinya ruang tamu yang berselerak dengan hidangan makanan dan alunan muzik yang terbuka, Juwita menjadi terkejut dan ini tidak memberikan impak negatif padanya. Juwita melangkah ke hadapan mencari kelibat Danial, lalu masuk ke dalam bilik Danial. Pintu bilik Danial dibuka, Juwita melangkah masuk ke dalam, lalu terkejut memandang bilik Danial yang berselerak dengan kain cadar, bantal-bantal yang berselerak seperti tidak terurus.
Juwita mendekati arah cadar katil, dan terpaku dengan balutan kondom yang terbuka dan tumpahan cecair KY di atas cadar katil. Ini merungsingkan lagi kepala Juwita apabila melihat dua helai seluar jeans tercampak di atas lantai. Pandangan Juwita terganggu dengan bunyi dari arah bilik air. Di dalam bilik air, kelihatan Danial dan Aiman berpelukan mesra dalam keadaan bogel dan mengghairahkan. Juwita mendekati bilik air, lalu ditolaknya pintu bilik air dengan sekuat hati. Alangkah terkejutnya apabila melihatkan Aiman dan Danial bersama di dalam bilik air. Danial mencium ( comolot ) bibir Aiman. Kelihatan mereka berdua amat ghairah dan menggersangkan.
Bunga yang dipegang Juwita dicampakkan ke arah Danial. Dengan perasaan yang amat marah sekali, Juwita bergerak meninggalkan mereka, tetapi dihalang oleh Danial yang mula memujuknya. Juwita berkeras hati tidak akan memaafkan Danial. Aiman mendengar pertelingkahan antara Danial dan Juwita dari arah pintu bilik air. Aiman mengintai, sehinggalah Danial dan Juwita bergerak meninggalkan Aiman keseorangan.
Pada malamnya, Aiman seperti kebiasaannya, akan mengunjungi Taman Tasik seorang diri , bertujuan mencari ketenangan. Di taman tasik, Aiman berlegar-legar di kawasan taman, sambil matanya melirik memandang beberapa pasangan lelaki berpegangan tangan berjalan-jalan sekitar Tasik. Kelihatan juga beberapa pengunjung lelaki melakukan aksi-aksi yang melampau seperti blowjob, dan pelbagai perkara yang mengghairahkan. Dari jauh nampak Aiman nampak sedih dan termenung melihatkan kelibat beberapa orang lelaki berjalan dan ada yang bersiul ke arahnya. Aiman tidak mengedahkan mereka. Tanpa disedari, Aiman terserempak dengan Khairul, teman lamanya yang juga mengunjungi taman tasik bersama pasangan yang disayanginya. Setelah mereka berbual, Khairul menanyakan pada Aiman tentang kesahihan perkahwinan Danial dengan Juwita. Aiman terkejut dan tergamam memandang Khairul. Pada keesokan harinya, Aiman memandu kereta menuju ke rumah pengantin untuk menyaksikan majlis perkahwinan antara Danial dan Juwita. Sebelum sempat Tok Kadi berjabat tangan dengan Danial, Aiman tiba diperkarangan pintu rumah. Aiman berdiri memandang Danial dengan perasaan amat sedih. Danial sedar dengan kehadiran Aiman dan hanya memandang Aiman dengan perasan sedih. Tidak diketahui sama ada perkahwinan yang dirancang akan berjalan lancar atau terbatal kerana kehadiran Aiman, sebab aku pun tak tengok filem ni.
No comments:
Post a Comment