Friday, April 6, 2007

Telur Anjing!

Alkisahnya....
This week, aku ade pegi Kpg Melayu Subang. Kami melawat premis sebuah syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kpg Melayu Subang. Untuk makluman, depa ni
pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari "farm" dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan "perniagaan" iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Findings
Apa yang menariknya?
Kami dapati senarai pelangggannya meliputi kedai makan chinese, restoran mamak dan restoran melayu. Distribution depa menganjur dari Sg. Buloh sampailah ke Shah Alam.

Apa yang lagi menarik?
Ya... best betul tengok beberapa ekor anjing bergelimpangan tidur (mungkin penat kot malam tadi depa sentri jaga gudang) dicelah-celah kawanan telur tersebut....

Kesimpulan
Aku rasa loya nak makan kat kedai....kedai makanan termasuk Shah Alam pun ade yang ambil dari pemborong ni... emmm sedapnya sehingga menjilat siku....

Orang boleh kata, la... bila kita makan roti telur ke, lauk telur ke, kan telur tu tak payah sembelih...lagipun mana nampak najis? Tak nampak PONNNNN!!!! So, apa ada hal!

Penutup
Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam 2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh)

Kini tambah lagi satu...
3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing... emmm.. goreng pon sodap!

Kawan aku merangkap jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story
Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.

Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong. Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT
ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL
JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL "LOGO" HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA....

Gambar-gambar bukti:


Amboih sedap nyer nko tdio ye cik anjing

Tido berjemaah

No comments: