Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'.
Kedua-dua bahan ini digunakan secara meluas dalam makanan di pasaran seperti piza, kek keju, tat keju atau apa-apa makanan menggunakan keju, biskut dsb.
Persoalannya - walaupun dari bahan dari perut 'lembu' telah digunakan untuk membuat keju - Bagaimana kita boleh tahu bahan dari perut lembu yang digunakan disembelih mengikut cara Islam.
Melainkan kita orang Muslim mengeluarkan produk keju kita sendiri - Adakah terdapat di pasaran? Jika anda tahu silalah beri cadangan.
Kesimpulannya, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino,atau apa-apa yang mengandungi keju sesuatu yang saya tidak ambil lagi (melainkan makanan itu telah diketahui asal usul sumbernya)
Ini bukan untuk boikot tetapi untuk menjaga akidah kita, semampu kita, kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yang akan menjadi darah daging.
Bercakap tentang keju, seperti yang dikatakan oleh ustaz, memang betullah untuk bekukan keju, memerlukan bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di Amerika dulu, saya belajar Human Nutrition dan professor saya berbangsa yahudi memang selalu mengingatkan saya untuk memeriksa keju yang dibeli untuk class commercial food production sebab dia yahudi pun tidak makan khinzir. Mesti pastikan bahan pembekunya pepsinogen (lembu) bukan rennet (khinzir). Kalau di Amerika, 70% keju menggunakan rennet (fakta ini masa saya periksa dulu, untuk ratusan tahun dahulu, tak tahulah sekarang)
Macam ustaz juga, masa tu saya ragu-ragu pasal pepsinogen ni, isu sembelihan lah. Saya bawa isu ini ke kumpulan usrah dan kemudian kami bertanya pada ulama' Ikhwanul Muslimin yang berpangkalan di Houston. Pada pendapatnya, (mungkin dia ambil kira senario di US, sebab kami tak pernah jumpa cheese keluaran muslim), adalah OK untuk makan cheese yang guna pepsinogen, kerana sembelihan ahli kitab boleh dimakan. Saya masih ingat ada yang bertanya, orang Amerika sekarang ada yang ahli kitab ke? Saya tak ingat apa jawapan dia dengan terperinci, tapi ada kena mengena dengan penyembelih yang menganut agama samawi.
OK. Tapi kami akan makan produk-produk yang ada pati (extract) binatang ni, kalau ada tanda Kosher, bermakna hasil sembelihan Yahudi yang diluluskan oleh Rabbi Organisation, kalau yang kristian, takde Kosher, memang tak beli. Orang Yahudi, kalau bab makan,
kadang kadang mereka nampak lebih bersih dari kita dan sangat strict. Contohnya, kalau telur tu, kalau ada white string sket,kita akan buang string tu dan masih gunakan telur, kalau mereka, telur tu kira najis lah. Kena buang terus.
Pada hemat saya, sesiapa yang ingin boikot produk keju atau apa produk yang guna extract binatang itu, teruskan. Saya pun boikot juga, atas dasar usaha kecil kita untuk melumpuhkan ekonomi US dan Israel Laknatullah. Kalau yang dah termakan tu, janganlah terlalu susah hati melainkan keju yang kita maka tu yang ada rennet. Kalau ada rennet, keluaran US pasti dinyatakan dalam kandungan bahan-bahan mereka sebab itu ada dalam peraturan FDA.
Kalau setakat McD, PH, dan kebanyakan US products yang kita guna/makan/pakai hari2 yang boleh diganti dgn produk muslim or non US-Israel ,memang dituntut sangat kita memboikotnya.
Dengan berusaha dan meminta pertolongan Allah, kita pasti dapat meninggalkan keselesaan2 yang kita perolehi hasil dari menggunakan produk mereka ni. Sejarah yg lepas telah membuktikan apabila kes Ar Rasul SAW dipersenda dlm kartun, umat Islam
memboikot syarikat makanan gergasi Sweden [tak ingat nama]hingga mereka loss 5 billions dalam masa yang singkat. Bila saya tunjukkan gambar kanak-kanak Palestin dan Lubnan yang terbunuh kepada anak-anak saya, saya memberitahu mereka bagaimana RM50 yang kita
belanjakan di McD atau KFC (makan 7 beranak), RM2 akan digunakan untuk membeli peluru dan membunuh anak-anak ini, Alhamdulillah, anak saya terus hilang selera ke sana lagi dan suruh uminya saja yang buatkan burger atau pizza, dan picnic di taman tasik untuk
merasai suasana beriadah bersama keluarga. Bila syampu, sabun dan bedak semuanya bertukar jenama, Alhamdulillah, mereka tak bising.
Saya bukan nak memaksa semua orang boikot semua barangan US,saya pasti setiap kita ada kekangan masing-masing, tetapi, demi tuhan,saudara-saudaraku, kita semua pasti ditanya di
Yaumul Mahsyar, apakah sumbangan yang kita lakukan untuk memastikan US dan Israel tidak dapat menggunakan lebih banyak peluru dan misil untuk membunuh saudara-suadara kita di Palestin dan Lubnan yang tidak berdosa. Mereka pasti mengheret kita di hadapan Rabbul Jalil kelak, menuntut Allah mengadili kita yang tidak menunaikan hak mereka sebagai saudara Muslim kita yang tertindas dan teraniaya. Adakah kita semua sudah ada
alasannya?
Sentiasalah tidak berpuas hati dengan sumbangan yang telah kita berikan agar ini dapat memperhebatkan lagi kesungguhan kita membantu saudara-saudara di bumi Isra' dan bumi Anbiya' itu. Masih terngiang2 di telinga saya ketika berpeluang mendengar apa yang diucapkan oleh wakil Whip Parlimen kerajaan HAMAS Palestin di Melawati ketika kunjungan beliau ke sini 2 bulan lepas. Saya tak dapat quote exactly, tetapi kerana kata-katanya amat berbekas di hati saya, saya simpan dan lipatnya di dalam ingatan.Kata-katanya lebih kurang begini:"Kami para
pejuang tidak perlu anda kasihani kerana kami sungguh bertuah kerana telah dipilih Allah untuk membebaskan tanah suci kita.
Pilihan yang Allah beri kepada kami hanya dua, samada kami menang dalam perjuangan ini atau kami syahid. Setiap dari kami mengimpikan setiap saat untuk syahid atau membebaskan Al Aqsa. Tetapi saudara-saudara kami yang tidak berdaya, wanita dan kanak-kanak amat memerlukan sumbangan kewangan dan doa dari kamu, atau apa-apa saja sumbangan yang boleh meringankan penderitaan kami, yang dapat menyekat kezaliman ke atas kami.
Kami berjanji, dengan sumbangan-sumbangan kamu, sekiranya kami syahid, kami menuntut daripada Allah SWT supaya berkongsi pahala-pahala kami dengan kamu kerana itu adalah janji kami. Tapi, sekiranya kamu tidak berbuat sewajarnya untuk membantu saudara2 kamu yang tertindas ini, awas, kami tidak akan melepaskan kamu, kami akan mengheret kamu ke hadapan Allah, kami akan mengadu kepada Allah supaya Allah memberikan pembalasannya yang keras terhadap kamu....Lakukanlah semaksimum yang kamu mampu, dan doakanlah kemenangan untuk kami dan pembebasan tanah suci kita, agar suatu hari nanti, kami dan kamu, akan dapat bersolat, berjemaah bersama-sama di Masjidil Aqsa ini." Amin.
Kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untuk memadamkan api besar yang membakar Nabi Allah Ibrahim as. sentiasa menjadi inspirasi saya. Burung kecil yang berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas api besar menjadi bahan ketawa haiwan-haiwan lain yang melihat perbuatannya yang sia-sia itu. Namun kata burung, " Walaupun sumbangan ku kecil,aku mesti melakukan juga kerana aku tidak punya alasan sekiranya di tanya Allah, apa yang telah aku lakukan untuk membantu Ibrahim
apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh Namrud yang kejam".
No comments:
Post a Comment